;

Thursday, August 13, 2009

SENARAI TUGAS KERANI PENGHULU

1. Membuka dan menutup pejabat setiap hari bekerja.
2. Menjaga dan memastikan kebersihan dalam dan luar pejabat.
3. Melayan pelanggan yang berurusan di Pejabat Penghulu.
4. Membuka surat yang diterima, didaftar dalam Buku Daftar Surat, dimasukkan kedalam fail berkaitan dan diserahkan kepada Penghulu untuk diambil tindakan.
5. Mmengambil tindakan segera mencatat tarikh mesyuarat di papan kenyataan jadual mesyuarat/program.
6. Membuka dan mendaftar fail-fail yang berkaitan dan memastikan mengikut sistem susunan yang telah ditentukan.
7. Menyimpan semua rekod / dokumen rasmi dalam keadaan selamat dan teratur.
8. Menerima panggilan telefon dan membuat catatan pesanan (jika perlu).
9. Mencatatkan aduan penduduk yang datang ke pejabat ketika ketiadaan Penghulu dan melaporkan kepada Penghulu untuk diambil tindakan.
10. Menaip surat menyurat dan laporan / borang-borang atas arahan Penghulu.
11. Membantu memproses maklumat, laporan-laporan dan borang-borang kajian.
12. Menghantar surat sama ada dipos atau dihantar tangan (jika ada keperluan).
13. Mengumpul minit mesyuarat JKKK setiap bulan dan salinan dihantar ke Pejabat Daerah dan lain-lain jabatan berkaitan.
14. Menyediakan laporan tuntutan Elaun Masyarakat JKKK tiga bulan sekali dan mendapatkan pengesahan Penghulu.
15. Membantu mengemaskini Sistem e-Mukim dari masa ke semasa.
16. Mengurus peralatan dan inventori pejabat.
17. Membantu Penghulu dalam usaha menjayakan sebarang program atau majlis.
18. Membantu Penghulu dalam menyediakan laporan bulanan Mesyuarat Pengurusan Daerah.
19. Menjalankan dan membantu kerja-kerja lain yang bersesuaian dengan tugas hakiki yang diarahkan oleh Penghulu.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog