;

Thursday, August 13, 2009

TUGAS UMUM


FUNGSI / AKTIVITI ORGANISASI
PEJABAT PENGHULU MUKIM SLIM

-Menjadi pentadbir di mukim dan bertanggungjawab di atas urusan pentadbiran, pembangunan, keselamatan, perpaduan, agama dan kebajikan di mukim.
-Sebagai perantaraan kerajaan dan rakyat dengan menyampaikan maklumat daripada kerajaan kepada rakyat dan sebaliknya.
-Menghadiri mesyuarat dan majlis yang dijemput di peringkat kampung, daerah dan seterusnya. -Mengemaskini data-data maklumat dan profail mukim.
-Mengawasi kerja-kerja, tugas serta kebajikan ketua kampung dan JKKK.
-Membuat perakuan, pengesahan, dan surat sokongan serta pengesahan kepada penduduk di mukim.
-Membantu Pegawai Daerah dan penolong-penolongnya merancang dan menyediakan senarai Cadangan Projek Luar Bandar (termasuk program pembangunan ekonomi bagi peningkatan peningkatan pendapatan) dan mengawasi serta mengesahkan perlaksanaannya.
-Merancang, mencadang, dan mengawasi perlaksanaan Program Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.
-Merancang program-program ke arah pembangunan minda dan perubahan sikap.
-Membantu jabatan-jabatan kerajaan dan swasta dalam menjayakan Program Pembangunan Luar Bandar.
-Membantu Jabatan Agama dan mengawasi perjalanan dan pentadbiran masjid, surau dan sekolah agama rakyat.
-Memastikan perpaduan, keamanan dan ketenteraman awam wujud di mukim.
-Melapor dan mengambil tindakan segera jika berlaku sebarang bencana alam.
-Membantu Pejabat Tanah dalam urusan yang berkaitan seperti siasatan, memberi laporan dan lain-lain.
-Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pegawai Daerah dan penolong-penolongnya.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog