;

Thursday, August 13, 2009

SENARAI TUGAS

PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
1. Merancang usaha / program untuk memupuk semangat perpaduan dan sentiasa bekerjasama sesama mereka.
2. Merancang program ke arah peningkatan minda / motivasi dan perubahan sikap.
3. Memastikan pentadbiran masjid, surau, SAR serta yang berkaitan agama Islam berjalan dengan sempurna.
4. Melaporkan sebarang maklumat amalan agama Islam yang meragukan kepada jabatan berkaitan

KEBAJIKAN SUKAN DAN KESELAMATAN
1. Memastikan ketenteraman dan keamanan sentiasa wujud.
2. Memastikan dan bekerjasama dengan pihak Polis, agensi berkaitan dan badan sukarela berkaitan dalam usaha pencegahan dadah dan pelanggaran undang-undang.
3. Mengambil tindakan segera apabila berlaku sebarang bencana alam dan membuat laporan kepada Pegawai Daerah.
4. Menggalakkan aktiviti belia, sukan dan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan badan sukarela berkaitan.
5. Mengusahakan dan menjalankan aktiviti kecergasan/riadah di mukim.
6. Memberi kerjasama dalam usaha kerja kebajikan di mukim dan di daerah.


PENTADBIRAN TANAH
1. Mengambil inisiatif dan membantu permohonan pesaka kecil.
2. Memberi kerjasama dalam usaha pembangunan tanah di kampung dan menggalakkan usaha
pertanian / perikanan di atas tanah yang terbiar.
3. Memberi laporan berkaitan dengan penerokaan tanah kerajaan secara haram.
4. Memberi kerjasama dengan Pejabat Tanah Daerah untuk memberi penerangan dan nasihat kepada penduduk dan kewajipan mereka membayar cukai tanah.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog